|
Portal Hari Belia Negara 2012 |
|
Written by admin
|
|
Monday, 30 April 2012 00:00 |
|
There are no translations available.

|
|
Last Updated on Thursday, 10 May 2012 15:51 |
|
LAWATAN INDUSTRI IKBN TEMERLOH KE MEGASTEEL SDN BHD |
|
Written by Saufi
|
|
Friday, 06 April 2012 09:34 |
|
There are no translations available.
4 April 2012, Jabatan Teknologi Faundri telah mengajurkan satu lawatan industri ke Megasteel Sdn. Bhd di Banting Selangor. Seramai 35 pelajar dan 10 pengajar telah disambut mesra oleh En Nazri Alias selaku wakil syarikat tersebut.
Setelah diberi penerangan berkaitan latarbelakang syarikat dan perihal keselamatan di kilang, kami telah dibawa melawat ke kawasan kilang. Ketika lawatan, kami telah diberi pendedahan dan penerangan terhadap proses-proses yang terlibat iaitu proses peleburan dan penghasilan produk besi. Yang menarik berkaitan lawatan ini,pada akhir sesi lawatan pihak Megasteel telah mengadakan sesi temuduga terhadap pelajar-pelajar akhir.
Melalui lawatan ini, ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar dan pengajar terhadap suasana dan keperluan sebenar di industri semasa.Selain daripada itu ia juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar akhir untuk mendapat pengalaman ditemuduga dan sekali gus terus mendapat peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.
Diharapkan peluang-peluang seperti ini dapat diadakan pada masa hadapan dengan pihak industri yang lain dan diucapkan ribuan terima kasih terhadap pihak Megasteel Sdn Bhd kerana sudi menerima kedatangan pelajar dan pengajar IKBN Temerloh.

|
|
Last Updated on Friday, 06 April 2012 09:44 |
|
AKTIVITI WALL CLIMBING PELAJAR IKBN TEMERLOH |
|
Written by Saufi
|
|
Tuesday, 03 April 2012 14:26 |
|
There are no translations available.

|
|
Last Updated on Tuesday, 03 April 2012 15:25 |
|
TAHNIAH IKBN TEMERLOH ATAS PERSIJILAN 5S |
|
Written by Saufi
|
|
Friday, 30 March 2012 17:27 |
|
There are no translations available.

Khamis 29 Mar 2012, telah diadakan Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S bagi Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Puan Hazwani Nadiah Ismail selaku juruaudit MPC pada hari tersebut, telah mengumumkan IKBN Temerloh telah lulus pengauditan dan layak dianugerahkan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti(5S) ketika sesi penutup audit.
Pengauditan yang telah dilaksanakan ke atas 8 Zon yang merangkumi asrama, bengkel, surau, dewan makan, auditorium, perpustakaan dan blok pentadbiran. Tahniah diucapkan kepada semua warga Institut Kemahiran Belia Temerloh atas segala usaha dan kerjasama yang telah dilaksanakan dalam menjayakan aktiviti 5S.
Seiring dengan Polisi 5S iaitu dengan adanya amalan ini ia dapat menghasilkan warga Institut Kemahiran Belia Temerloh yang lebih bertanggungjawab dan berbudaya kualiti dengan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, kondusif, teratur, selesa dan selamat sepanjang masa. Diharapkan dengan amalan yang berterusan ini, ia dapat menjanakan produktiviti dan menzahirkan kecemerlangan organisasi dan dapat dikekalkan oleh semua selama-lamanya. |
|
Last Updated on Friday, 30 March 2012 17:45 |
|
Gotong Royong Perdana Bil 1/2012 |
|
Written by MJailani
|
|
Thursday, 15 March 2012 10:13 |
|
There are no translations available.
Sabtu 3 Mac 2012, Jawatankuasa Pelaksana Induk Amalan 5S dan Jawatankuasa Kuartes IKBN Temerloh telah mengadakan Hari Gotong-Royong Perdana kali ke-2 peringkat IKBN Temerloh yang merangkumi kuartes dan zon-zon 5S. Selain daripada itu, pada program yang sama juga diselitkan dengan acara Pelantikan Skim Teman Pili Bomba oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tagging dan dekorasi keseluruhan kawasan, mengecat semula curb tepi saluran longkang, mengecat garisan kuning, menebang pokok dan semak samun, mencegah serangga serta kerja-kerja pembersihan.
Objektif aktiviti tersebut ialah:
1. Untuk menanam semangat kekitaan antara sesama warga IKBN Temerloh.
2. Untuk membersihkan persekitaran di kuartes dan bangunan-bangunan pejabat serta bengkel.
3. Persediaan ke arah Persijilan 5S.
4. Menyelesaikan kerja-kerja 5S di setiap zon.

Gimik pelancaran Gotong Royong Perdana oleh Tuan Pengarah IKBN Temerloh
dan penyerahan watikah 'Bapa angkat Pili bomba' oleh Ketua Balai Bomba Mentakab kepada kakitangan.

Para pelajar bercucuk tanam dan mengecat semula pili bomba.
|
|
Last Updated on Friday, 30 March 2012 17:45 |
|
Sambutan Maulidur Rasul 1433 H |
|
Written by MJailani
|
|
Tuesday, 21 February 2012 18:12 |
|
There are no translations available.
10 Februari 2012, IKBN Temerloh telah mengadakan sambutan Maulud nabi di sekitar kawasan IKBN. Perarakan kira-kira 2 km itu telah melibatkan sebanyak 6 kontinjen yang mana 1 kontinjen adalah mewakili barisan kakitangan. Perserta telah berhimpun di hadapan Masjid At-Taqwa seawal jam 8.30 pagi dan diberikan ucapan ringkas oleh Timb. Pengarah (HEP) En.Auddin b. Hussin dan diiringi oleh Timb. Pengarah (Latihan) En. Shaidon b. Borham. Selesai perarakan kira-kira jam 10 pagi, acara diteruskan dengan bacaan Yassin kepada junjungan baginda. Setelah minum pagi acara dilanjutkan dengan syarahan agama oleh Penceramah jemputan dari Daerah Bentong sebelum diakhiri dengan jamuan tengahari. Pada Sabtu 11 Februari pula seramai 30 pelajar IKBN Temerloh dibawah bimbingan Ustz. Zulhairi Hanis Mahad, En. Azhari Razlli dan En. Zulkifli telah muncul sebagai Johan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul bagi daerah Temerloh yang telah diadakan bertempat di perkarangan Masjid Lanchang. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Saifuddin Abdullah Ahli Parlimen Temerloh yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan juga Dato' Hj. Sharkar bin Hj Shamsudin; Exco Pahang merangkap ADUN Lanchang.

|
|
Last Updated on Wednesday, 22 February 2012 09:05 |
|