SOALAN LAZIM PDF Print E-mail
Written by admin   
Thursday, 16 July 2009 11:52

1. Apa itu IKBN dan objektif penubuhannya?

IKBN adalah singkatan daripada Institut Kemahiran Belia Negara. Ia ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah.

Objektif Penubuhan :-     

  • Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran teknikal dalam bidang Faundri (Mekanikal), Automotif dan Pembungkusan bagi memenuhi permintaan industri negara atau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
  • Melahirkan tenaga kerja di kalangan belia yang berperibadi mulia, berdisiplin, berbudaya saing dan berpengetahuan sesuai dengan peranan mereka sebagai agen pembangunan Negara.

2. Bila dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk kemasukan ke IKBN?

  • Iklan akan dikeluarkan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web institut / Kementerian 3 bulan sebelum kemasukan. Borang permohonan kemasukan ke IKTBN boleh diisi secara online di www.kbs.gov.my atau boleh datang ke IKBN. Pengambilan adalah dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai.
     
  • Bermula tahun 2011, pengambilan pelajar akan diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Semua permohonan adalah secara on-line di alamat http://upu.mohe.gov.my
    (Rujuk iklan di akhbar utama)
  • Borang permohonan boleh didapati di IKBN bila-bila masa.


3.   Apakah syarat – syarat  kemasukan dan kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN ?

Syarat-syarat umum

  • Warganegara Malaysia, berusia diantara 18-30 tahun,berbadan sihat,belum berkahwin @ bujang & tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.

Syarat-syarat akademik

  • Program Sijil Kemahiran Malaysia –Tamat tingkatan lima
  • Program Diploma Kemahiran Malaysia –SPM/SPMV, Lulus BM dan Kredit Matematik / Sains.
  • Diploma Teknologi (Program Kerjasama UTM) –SPM/SPMV, Kredit BM,  Matematik, Sains dan 2 Matapelajaran Teknikal


Kursus-kursus yang ditawarkan di IKTBN Sepang


Diploma Teknologi  (Universiti Teknologi Malaysia)  

 -       Mekanikal (Alatan & Acuan)                    

 -       Elektronik Industri

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia - Tahap 5

-        Jurutera Peralatan (Alatan & Acuan)

Diploma Kemahiran Malaysia - Tahap 4

-        Penolong Jurutera (CADCAM) 

-        Pereka Acuan Plastik

-        Pereka Alat Tekan

-        Penolong Jurutera Senggaraan & Pembinaan Mesin

-        Penolong Jurutera Elektronik Industri

Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap 3

-        Pembuat Perkakasan Kanan –Acuan Plastik

-        Pembuat Perkakasan Kanan –Alat Tekan

-        Juruteknik Pemesinan Larik

-        Juruteknik Pemesian Kisar

-        Juruteknik  Pemesinan CNC

-        Juruteknik Industri

-        Juruteknik Elektronik Industri

-        Artis/Perekabentuk Multimedia 

Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap 1/2

 -        Pembuat Perkakasan – Acuan Plastik

-        Pembuat Perkaksan – Alat Tekan

-        Pemesinan Larik

-        Pemesinan Kisar

-        Pemesinan CNC

-        Artis Multimedia

-        Juruteknik Elektronik Industri  

Sijil Suruhanjaya Tenaga

-        Penjaga Jentera Elektrik (AO)

 

4. Saya adalah pelajar lepasan SPM dan kurang cemerlang dalam bidang akademik, adakah saya layak untuk memohon ke IKTBN dan apakah syarat-syarat minima yang dikenakan oleh IKTBN Sepang ?

  • Semua pelajar lepasan SPM layak untuk memohon dan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dengan syarat minima ialah tamat tingkatan lima. 

 

5.Jika saya berjaya memasuki IKTBN Sepang, berapakah yuran yang terpaksa dibayar sepanjang tempoh latihan ?

  • IKTBN Sepang tidak mengenakan sebarang yuran semasa anda menjalani latihan disini, malah pihak Kementerian Belia dan Sukan memberi elaun sebanyak RM100.00 /RM200.00 sebulan.  Pihak IKTBN Sepang hanya mengenakan sedikit bayaran kelengkapan pelajar semasa anda mendaftar.
     

6.Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak IKTBN Sepang untuk pelajarnya ? 

Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut:

-       Elaun sebanyak RM 100.00/RM200 sebulan

.-      Kemudahan asrama untuk lelaki dan perempuan

-       Pakaian seragam percuma

-       Makan dan minum sepanjang kursus

-       Kemudahan sukan dan riadah

-       Perpustakaan

-       Bengkel mesin konvensional dan mesin kawalan berkomputer (CNC)

-       Makmal elektronik,elektrik,pneumatic,hidraulik dan CADCAM

-       Makmal Komputer/Multimedia

-       Surau 
 

7. Apakah kelayakan tenaga pengajar ?

  • Tenaga pengajar  terdiri dari mereka yang terlatih berkelulusan Ijazah, Diploma dan Sijil Kompetensi mengajar serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing. 
     

8. Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelajar institut ini dan adakah ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?

  1. Apabila pelatih telah tamat dengan jayanya mereka akan dianugerahkan  SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA mengikut tahap masing-masing yang dikeluarkan oleh pihak JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran), Diploma Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia dan Sijil Kompetensi dari Suruhanjaya Tenaga.
     
  2. Sijil Teknologi / Diploma Teknologi oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
     
  3. Sijil tamat latihan oleh IKTBN Sepang.
     

9. Bagaimanakah dengan peluang pekerjaan apabila saya tamat menjalani latihan di IKTBN ini kelak ?

  • Peluang pekerjaan sangat luas dimana hampir semua lulusan IKTBN Sepang mendapat pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
     

10. Setelah saya tamat dengan jayanya di IKTBN ini, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ketahap yg lebih tinggi ?

  • Peluang terbuka untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi samada ke IPTA atau IPTS seperti German Malaysian Institute (GMI) dan UNIKL dan lain -lain IPTA atau IPTS.
Last Updated on Monday, 30 June 2014 16:56
 

CURRENT ACTIVITIES

5S SURVEILLANCE AUDIT BY MPC

IKBN Temerloh will undergo Surveillance Audit for Quality Environment (GE/5S) by MPC on 4th September 2014




Jom Masuk U 2014

IKBNT will join several Jom Masuk U carnivals around Peninsula Malaysia. Kindly visit our booth to find out more about our courses and programs.

Link




MS ISO 9001:2008

IKBN Temerloh committed to maintain the MS ISO 9001:2008 Certification




5S Info

Let us maintain Quality Environment (5S) Certification and practice 5S at all time.




New Student Registration

Any students who interested to further their studies at IKBN Temerloh can contact directly IKBNT Admission Unit.


www.ikbnt.gov.my

LINKS

images