Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh
PERSIAPAN KE ARAH AUDIT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S
Written by AiniSyakimah   
Wednesday, 20 August 2014 18:30

 (This article only available in Bahasa Malaysia)


IKBN Temerloh, 19 Ogos 2014 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksana Amalan 5S Bil.2/2014 memutuskan perkara-perkara yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat sempena Audit Susulan Amalan 5S dari MPC pada 4 September 2014 adalah seperti berikut :-

 

i.Membuat Countdown Audit Amalan 5S

ii.Mengadakan Gotong-royong Perdana Bil.2/2014 pada 21 Ogos 2014

iii. iii.Mengambil Kira Audit Dokumentasi pada 25.8.2014 sebagai salah satu kriteria dalam Pertandingan Amalan 5S Bil.3/2014

 

Berhubung dengan perkara di atas Jawatankuasa Promosi Amalan 5S mengambil kesempatan mengumumkan bahawa Pertandingan Parkir Terbaik akan dinilai bermula dari hari Khamis 21.8.2014 sehingga hari Isnin 25.8.2014. Memo akan diedarkan Kemudian.

 

Berikutan dengan edaran memo daripada JK Audit bertarikh 20.8.2014 untuk melaksanakan Cross Check susulan Audit Dalaman 5S Bil.2/2014 pada 27.8.2014 maka ianya juga akan dimasukkan sebagai keriteria Pertandingan Amalan 5S Bil.3/2014.


Countdows 5S


Disediakan oleh:
Rozita binti Mohamed

Ketua Jawatankuasa Promosi 5S

IKBN Temerloh

 

Last Updated on Wednesday, 20 August 2014 18:37
 
LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ASAS DAN CPR
Written by AiniSyakimah   
Wednesday, 20 August 2014 18:16

(This article only available in Bahasa Malaysia)

IKBN Temerloh, 14 dan 15 Ogos 2014 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKBN Temerloh telah menganjurkan satu Kursus Pertolongan Cemas Asas dan CPR di Auditorium IKBN Temerloh. Kursus tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan IKBN Temerloh yang terdiri daripada wakil bengkel, warden, penyelia asrama dan ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKBN Temerloh. Kursus yang dilaksanakan selama dua hari tersebut telah disampaikan oleh Encik Azmi bin Tajuddin yang merupakan pegawai jemputan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah.


Kursus tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada kakitangan di IKBN Temerloh mengenai peringkat-peringkat tindakan awal pertolongan cemas kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan perubatan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada kakitangan IKBN Temerloh mengenai pentingnya pembelajaran tatacara dan peranan pertolongan cemas.


Kursus ini amat berguna bagi persediaan kepada kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan dan diharapkan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

CPR2014


Dilaporkan oleh:

Dewi Sulviyanti Samsi binti Dr Soelatoelsamsi

Penyelaras JKKP
IKBN Temerloh

Last Updated on Wednesday, 20 August 2014 18:29
 
KATA-KATA MOTIVASI BULAN OGOS 2014
Written by AiniSyakimah   
Wednesday, 06 August 2014 12:22

Kata Motivasi

Disediakan oleh:

J/K Spa Terapi Minda

IKBN Temerloh

 
MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN 1435H/2014M
Written by AiniSyakimah   
Tuesday, 05 August 2014 10:29

(This article only available in Bahasa Malaysia)


Lanchang, 24 Julai 2014 - Jawatankuasa Surau At-Taqwa IKBN Temerloh telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 1435H/2014H di Surau At-Taqwa IKBN Temerloh. Program yang melibatkan seramai lebih 600 orang pelajar kakitangan IKBN Temerloh dilihat sebagai satu platform untuk memberi kesedaran kepada semua warga IKBN Temerloh agar kembali kepada ajaran Islam dengan berpandukan al-Quran dan Hadith.

Majlis Khatam Al-Quran ini adalah sebagai simbolik tamatnya bacaan Quran bagi Program Tadarus Al-Quran yang dijayakan oleh semua pelajar dan kakitangan IKBN Temerloh sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1435H.

Acara dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Hizbullah bin Ibrahim selaku Ketua Jabatan Teknologi Automotif Penyelenggaraan bagi mewakili Pengarah IKBN Temerloh yang tidak dapat hadir.

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci oleh 22 peserta Khatam Al-Quran dengan dipimpin oleh Ust. Muhammad Zulkhairi Hanis bin Mahad.

Setelah selesai, Majlis Penyampaian Cenderahati menyusul dengan memberi penghargaan kepada para pelajar yang bertugas sepanjang Ramadhan, Peserta Khatam Al-Quran dan kepada 58 orang anak-anak yatim yang terdiri daripada kalangan pelajar IKBN Temerloh sendiri.

Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa beramai-ramai di Dewan Makan IKBN Temerloh.


Khatam Quran 2014


Dilaporkan oleh:

Rozita binti Mohamed

 
IFTAR RAMADHAN 2014
Written by AiniSyakimah   
Tuesday, 05 August 2014 10:18

(This article only available in Bahasa Malaysia)


Lanchang, 17 Julai 2014 - Jawatankuasa Surau At-Taqwa IKBN Temerloh dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) IKBN Temerloh telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa buat semua kakitangan IKBN Temerloh dan keluarga.


Majlis Berbuka Puasa ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga IKBN Temerloh. Menu yang disediakan antaranya ialah kambing golek dan kari kambing. Setiap keluarga kakitangan juga dikehendaki membawa satu hidangan makanan berbuka puasa untuk dijamah dan dinikmati bersama-sama. Amalan bertukar-tukar juadah ini dilihat dapat mengeratkan ukhuwwah di kalangan warga IKBN Temerloh.


Acara bagi majlis ini dimulakan dengan mengadakan Tahlil serta berzikir sebelum masuk waktu berbuka dan disudahi dengan solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawikh secara berjemaah.


Buka Puasa 2014


Dilaporkan oleh:

Rozita binti Mohamed

Setiausaha KSK IKBN Temerloh



 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014M
Written by AiniSyakimah   
Thursday, 24 July 2014 16:01

SELURUH WARGA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) TEMERLOH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


ikbnt raya


(Imej oleh: En. Mohd Fadli bin Razak)

 
AUDIT VERIFIKASI INSTITUT KEMAHIRAN LATIHAN AWAM (ILKA) DI IKBN TEMERLOH
Written by AiniSyakimah   
Thursday, 24 July 2014 15:56

(This article only available in Bahasa Malaysia)


IKBN TEMERLOH, 21-23 Julai 2014 - Pihak IKBN Temerloh telah menerima lawatan Audit Verifikasi Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) selama tiga hari. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi menyemak data yang telah diberikan kepada pihak Unit Perancangan Ekonomi (UPE) serta maklum balas yang telah diberikan. Pihak yang terbabit dalam melaksanakan audit verifikasi tersebut adalah merupakan tiga pegawai daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan tiga pegawai daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) .


Pihak MQA telah melakukan verifikasi data ke atas 12 program Diploma Teknologi  dan Sijil Teknologi yang ditawarkan di IKBN Temerloh dan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21 dan 22 Julai 2014. Pihak JPK pula telah melaksanakan verifikasi data terhadap tiga program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan di sini dan telah diadakan selama sehari iaitu pada 23 Julai 2014.


Melalui audit ini, kedua belah pihak telah membuat semakan secara menyeluruh berkaitan pengurusaan dan pelaksanaan program yang ditawarkan di sini. Lawatan tersebut juga termasuk melibatkan kedua belah pihak untuk datang melawat ke bengkel-bengkel di IKBN Temerloh bagi pengesahan fasiliti sedia ada.

01

ilka02

ilka03

 

Dilaporkan oleh:
Dewi Sulviyanti Samsi

Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti 

 

 
KENYATAAN TAWARAN JULAI 2014
Written by Saufi   
Friday, 11 July 2014 16:33

1. KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN PEMBAIKAN SERTA KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI AUDITORIUM IKBN TEMERLOH



Sila klik pada kenyataan tawaran untuk memuat turun maklumat tawaran.

 
SALAM RAMADHAN 1435H
Written by AiniSyakimah   
Monday, 30 June 2014 10:50

Ramadhan

 
AUDIT AKADEMIK DALAMAN BIL 1/2014
Written by AiniSyakimah   
Friday, 20 June 2014 09:22

(This article only available in Bahasa Malaysia)


Lanchang, 11-12 Jun 2014 - Audit Akademik Dalaman Bil. 1/2014 telah dijalankan oleh Pasukan Audit Akademik Dalaman IKBN Temerloh. Audit akademik dalaman merupakan salah satu program "self-review" bagi memastikan perjalanan program-program yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA) mengikut standard dan keperluan yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

photo 3

Seramai 15 orang auditor telah terlibat dalam audit akademik dalaman kali ini dan auditor berkenaan telah mengaudit sejumlah 108 Fail Kualiti Akademik (FKA) dalam masa dua hari.

Pihak Jawatankuasa Audit Akademik IKBN Temerloh berharap agar program audit ini memberi kesedaran kepada semua warga pengajar IKBN Temerloh agar memelihara dan menjaga kualiti pembelajaran dan pengajaran supaya pengiktirafan MQA dapat dikekalkan.


Disediakan oleh:

Nur Aini Syakimah binti Ahmad Shuyuti

Penyelaras J/K Audit Akademik IKBN Temerloh

 
PERHIMPUNAN PAGI BULANAN KAKITANGAN BERSAMA PELAJAR BULAN MEI/JUN 2014
Written by AiniSyakimah   
Friday, 20 June 2014 08:09

(This article only available in Bahasa Malaysia)


Lanchang, 6hb Jun 2014 – Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pelajar Bulan Mei/Jun 2014 telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Temerloh bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi. Penganjuran Perhimpunan Bulanan Kali Ke-5 bagi tahun 2014 merupakan anjuran bersama Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti dan juga Jabatan Teknologi Faundri.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawaln Kualiti, Pn. Dewi Sulviyanti Samsi yang mana beliau menyampaikan maklumat berkaitan dengan sesi Peperiksaan Akhir bagi Sesi 1/2014 yang akan bermula pada 9 Jun 2014 ini.

Majlis kemudiannya disusuli pula dengan ucapan daripada Tuan Pengarah IKBN Temerloh iaitu Tuan Haji Mgt. Hussain b. Mgt. Jaaffar yang mana beliau memperingati semua pelajar agar sentiasa menjaga nama baik IKBN Temerloh di mana jua pelajar berada.Walaupun setelah tamat daripada IKBN Temerloh.Tuan Pengarah juga mengambil peluang mengucapkan semoga berjaya bagi pelajar menghadapi peperiksaan akhir dan kepada bakal pelajar  yang bakal tamat pengajian mereka pada semester ini.

04

Di dalam majlis ini juga, beberapa sesi penyampaian hadiah dan sijil telah dilaksanakan  oleh Tuan Pengarah kepada yang terlibat.Diantara penyampaian sijil tersebut adalah oleh Jawatankuasa Penyelarasan Projek Akhir bagi sesi 1/2014 yang mana 3 projek akhir yang terbaik daripada Program Sijil Teknologi Kejuruteraan dan 3 projek akhir yang terbaik daripada program Diploma Teknologi Kejuruteraan telah dianugerahkan sebagai Projek Akhir Terbaik bagi sesi ini.Setelah itu,majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan bagi Anugerah Pengarah bagi sesi 2/2013.Seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar program Sijil Kemahiran Malaysia dan program Teknologi Kejuruteraan yang mendapat GPA 3.50 ke atas telah menerima anugerah tersebut.Setelah itu Jawatankuasa 5S juga telah menyampaikan hadiah Pertandingan Amalan 5S Bil.2/2014 yang mana meibatkan Zon Terbaik,Ruang Pejabat Terbaik dan Rumah Kunci Terbaik di IKBNT. 

03

02


Sebelum majlis tamat, pihak Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Temerloh telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan hadiah harijadi kepada kakitangan yang menyambut hari jadi mereka pada bulan Jun.

Dilaporkan oleh:
Puan Dewi Sulviyanti Samsi binti Dr Soelatoelsamsi

Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti

 
Taklimat 5S dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Amalan 5S Bil.2/2014
Written by AiniSyakimah   
Monday, 09 June 2014 14:27

(This article only available in Bahasa Malaysia)

 

Lanchang, 6 Jun 2014Di pertengahan slot pada Perhimpunan Pagi Bulan Jun 2014 anjuran Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti (CPKK) yang bertarikh 6.6.2014, En. Mohd Fathi Kamal B. Mohd Mabror selaku Penyelaras Induk Amalan 5S mengambil kesempatan memberi sedikit makluman :

i.Tarikh Jangkan Audit Susulan dari MPC pada 24.6.2014

ii.Gotong-royong Peringkat Zon pada 20.6.2014

iii. Markah keseluruhan semua Zon berikutan hasil Audit Bil.2/2014

 

Di samping itu juga Penyalaras Amalan 5S juga berharap agar semua warga IKBNT memainkan peranan dalam menjayakan Amalan 5S. Dalam taklimat ini juga, tuan Penyalaras Amalan 5S mengambil kesempatan mengumumkan untuk memilih Projek Tahun Akhir Pelajar bertajuk "TOMBOL PINTU PEMUTUS ELEKTRIK" dari kumpulan pelajar DAY di bawah seliaan En. Ahmad Saifuddin Bin Azraie bagi diaplikasikan di bilik terpilih di asrama mengikut kos yang dibenarkan.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Amalan 5S Bil.2/2014 telah diadakan selepas taklimat daripada Penyelaras 5S.

5s7

Penerima Hadiah  Pertandingan Amalan 5S Bil.2/2014 adalah seperti berikut :-

 i.Zon Terbaik

a.- Zon I’bur-Razzaz (85%)

b.- Zon Az-Zarnuji (83%)

c.- Zon Yaqut Al-Hamawi (81.5%)

 

ii.Ruang Pejabat Terbaik.

a.- Zon Az-Zarnuji (88.5%)

b.- Zon I’bur-Razzaz (82%)

c.- Zon Al-Kashi (81%)


iii.Rumah Kunci Terbaik

a.- Zon Yaqut Al-Hamawi (97%)

b.- Zon Al-Kashi (90%)

c.- Zon Al-taqqiyuddin (90%)

5S June 01

Disediakan oleh:
Rozita binti Mohamed

J/K Promosi 5S IKBN Temerloh

Last Updated on Monday, 09 June 2014 14:39
 
Jamuan Perpisahan Kakitangan Mei 2014
Written by AiniSyakimah   
Monday, 09 June 2014 14:05

(This article only available in Bahasa Malaysia)


Lanchang, 29 Mei 2014 - Satu Majlis Jamuan Perpisahan telah diadakan bagi meraikan pertukaran kakitangan IKBN Temerloh iaitu Puan Zamilah bt Zakaria ke Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Beliau merupakan salah seorang kakitangan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Temerloh (KSK).

 

Majlis yang dipengerusikan oleh En Azhari b Razlli telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Nizammudin. Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan kepada kakitangan oleh Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan, En Mohd Hizbullah b Ibrahim dan diikuti dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah (HEP), En Auddin b Hussin selaku wakil daripada pihak pengurusan. Pn Zamilah juga diberi peluang untuk menyampaikan ucapan perpisahan beliau dan setelah itu beliau telah diberikan cenderahati sumbangan daripada pihak KSK.

 

Disamping itu,majlis juga meraikan beberapa kakitangan IKBN Temerloh yang menyambut Ulang Tahun mereka pada bulan Mei dengan pemberian cenderahati daripada pihak KSK. Selain itu sedikit sumbangan juga telah diserahkan kepada beberapa kakitangan yang telah ditimpa musibah. Majlis juga memberikan penghargaan cenderahati kepada 2 orang pelajar praktikal yang telah tamat tempoh latihan mereka di IKBN Temerloh.

 

Diharapkan dengan adanya majlis begini, ukhwah dan persahabatan dikalangan kakitangan IKBN Temerloh amnya dan ahli KSK khasnya dapat terjalin dengan baik dan murni.


Zamilah01

Zamilah02


Dilaporkan oleh:

Dewi Sulviyanti Samsi binti Dr Soelatoelsamsi

Exco Kebajikan KSK IKBN Temerloh

 
Pasukan Inovasi IKBN Temerloh ke Festival Belia Putrajaya 2014
Written by AiniSyakimah   
Monday, 02 June 2014 12:31

(This article only available in Bahasa Malaysia)

Putrajaya, 23 hingga 25 Mei 2014 - IKBN Temerloh telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Karnival Festival Belia Putrajaya 2014 untuk Pertandingan Kemahiran dan juga pameran. IKBN Temerloh telah menghantar tiga pasukan untuk menyertai Pertandingan Kemahiran iaitu Car Pedal Lock, Smart Ladder dan Motorcycle Jack. Walaupun tidak Berjaya merangkul hadiah, para peserta tetap berpuas hati dan seronok  kerana telah membuat yang terbaik. Selain itu, kehadiran YB Menteri Belia dan Sukan  ke booth pameran IKBN Temerloh juga amat dialu-alukan. Kemeriahan festival ini secara langsung dapat mempromosikan IKBN Temerloh kepada belia luar seluruh Malaysia.

FBP2014

Dilaporkan oleh:

Faridah binti Joned

Penyelaras J/K Inovasi, PKM & Myskills IKBNT

Last Updated on Monday, 09 June 2014 14:12
 
Jom "Like" Laman Facebook KBS Malaysia
Written by AiniSyakimah   
Friday, 30 May 2014 12:32

Like FB

Last Updated on Tuesday, 03 June 2014 08:28
 

CURRENT ACTIVITIES

WELCOME TO IKBNT TO MR. DIRECTOR.

All IKBN Temerloh members wish Welcome to IKBN Temerloh to our new Director, Tuan Haji Mgt Husain bin Mgt Jaaffar




Jom Masuk U 2014

IKBNT will join several Jom Masuk U carnivals around Peninsula Malaysia. Kindly visit our booth to find out more about our courses and programs.

Link




MS ISO 9001:2008

IKBN Temerloh committed to maintain the MS ISO 9001:2008 Certification




5S Info

Let us maintain Quality Environment (5S) Certification and practice 5S at all time.




New Student Registration

Any students who interested to further their studies at IKBN Temerloh can contact directly IKBNT Admission Unit.


www.ikbnt.gov.my

LINKS

images